PROSES detoks membantu usus membuang segala toksin berbahaya dalam tubuh. Pernahkah anda mengalami situasi selepas makan sesuatu ubat itu, tetapi tiada kesan?

Tambahan kalau mengambil suplemen kecantikan, rasa membazir duit sebab langsung tidak berkesan. Salah satu sebabnya, badan kita menakung toksin dan sebab itulah makan ubat apa pun tiada kesan.

Sebelum makan suplemen kecantikan, pastikan buang segala racun dan toksin dalam badan terlebih dulu. Selain mahu cantik, buang toksin dapat membuatkan badan jadi sihat dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh.

Amalkan 10 makanan di bawah ini yang mampu menyingkirkan toksin dalam badan secara semula jadi.

1. BADAM

Kacang badam kaya dengan serat, kalsium, magnesium dan protein yang membantu menyeimbangkan kadar gula. Ia juga bagus untuk menyahtoksik sistem pencernaan tubuh.

2. BROKOLI

Brokoli kaya dengan bahan antioksida dan enzim yang membantu sistem pencernaan. Selain itu, brokoli mentah mempunyai kandungan antioksida dan enzim paling banyak dengan tahap nutrisi tinggi.

3. BAWANG PUTIH

Bawang putih mempunyai sifat anti bakteria, anti virus, anti kanser dan mampu melancarkan saluran pernafasan.

4. AVAKADO 

Buah avakado sangat berguna untuk membersihkan hati dari racun yang mencemarkan tubuh kerana avakado penuh dengan bahan antioksida termasuk glutation. Avakado dikatakan mampu menyekat 30 karsinogen (penyebab racun) dalam badan.

5. BERI BIRU

Buah ini bertindak sebagai agen antibiotik untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan antivirus. Selain itu, ia mampu mengurangkan kesan kerosakan akibat keradangan.

6. SAYUR KOBIS

Kobis boleh menyahtoksik saluran kencing dan meredakan kesakitan akibat jangkitan, khususnya perut. Kubis kaya dengan sifat anti-kanser dan antioksidan.

7. SAYUR KALE

Sayur ini kaya dengan khasiat anti-kanser dan antioksidan yang membersihkan tubuh daripada racun. Kale membantu perokok aktif dan pasif meneutralkan nikotin yang ada dalam tubuh.

8. LEMON

Lemon kaya dengan vitamin C yang diperlukan untuk membentuk dan mengukuhkan sistem imun hingga dapat membuang racun. Lemon mengandungi 20 zat anti-kanser.

9. KRANBERI

Buah ini mengandungi bahan antibiotik dan boleh membersihkan badan daripada bakteria berbahaya dalam saluran kencing.

10. RUMPAI LAUT

Rumpai laut ialah makanan yang dapat membersihkan toksik dalam tubuh.


DETOKS SETIAP HARI

  • Minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambah sedikit perisa jus limau nipis atau hirisan lemon.
  • Tukarkan amalan minum kopi dengan teh hijau.
  • Jus buah-buahan segar seperti epal, tembikai sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
  • Banyakkan makan sayur, buah, fiber dan cecair untuk memudahkan proses pembuangan toksin.

DETOKS HUJUNG MINGGU

  • Makan banyak buah-buahan segar ketika sarapan.
  • Ambil segenggam kekacang sebagai snek sarapan bersama teh hijau, teh herba atau air suam.
  • Untuk makan tengahari, sediakan semangkuk salad dengan campuran bunga kobis, tomato, timun, brokoli, lada hijau, hirisan lobak, avakado, sedikit rempah dan bawang. Tambah sedikit minyak zaitun, hirisan bawang putih, cuka, dan jus lemon sebagai penambah rasa.
  • Untuk makan malam, stimkan sayur-sayuran segar berwarna cerah seperti brokoli, bunga kobis, labu air dan kobis merah.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda