BAHAGIAKAN dan puaskan suami dalam hubungan intim sudah menjadi keinginan setiap isteri. Sudah pening atau takut tidak buat suami berasa bahagia apabila bercinta dengan kita? Jika mahu ikhtiar terbaik dalam menjaga hubungan intim bersama suami, boleh cuba 10 cara ini.

1. HIAS DIRI

Jika mahu bercinta, pastikan kita berhias untuk suami. Jangan sesekali terlalu selekeh atau nampak ala kadar. Penambilan menarik akan menaikkan semangat suami. Sebelum bercinta, mandi dahulu, pakai pakaian bersih dan menarik. Kemudian, jangan lupa sembur sedikit minyak wangi supaya berbau harum.

2. KEMAS TEMPAT TIDUR

Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur daripada pakaian atau kain tidak diperlukan. Pastikan cadar, selimut dan sarung bantal dalam keadaan bersih. Semburkan sedikit minyak wangi supaya segar dan harum. Tempat tidur rapi dan wangi secara psikologi menambah semangat suami untuk bersama kita.

3. PENUHI KEHENDAK

Layani permintaan suami. Jika kita sering menolak permintaan suami, dia akan berasa marah dan menyampah. Tiada sebarang alasan OK mengapa kita mesti tolak keinginan suami, kecuali dia ingin kita buat sesuatu di luar tabii. Sekiranya apa yang suami mahukan kita dapat penuhi, maka suami akan gembira dan perasaan sayang akan bertambah kuat.

4. JANGAN KEDU

Janganlah kita melayan suami hanya dengan satu gaya sahaja. Ini boleh buat suami rasa bosan. Jadi untuk hilangkan bosan, layanlah suami dengan pelbagai cara.

5. LEMAH-LEMBUT

Jangan sesekali bersikap kasar ketika sedang bercinta. Jika mengamalkan sikap lemah-lembut dan sopan, secara psikologi akan mempengaruhi semangat suami untuk bercinta.

6. JANGAN UNGKIT KELEMAHAN

Jangan sesekali ungkit kelemahan suami OK. Bukan saja suami akan terasa hati, tetapi ini boleh menurunkan ghairah suami.

7. JANGAN MENGELUH

Jangan terlalu banyak mengeluh kerana boleh menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

8. JANGAN BANYAK BERBUAL

Sekiranya anda jenis suka berbual, kurangkan ketika sedang bercinta dengan suami. Hal ini akan menjejaskan tumpuan suami dalam menikmati percintaan.

9. SIFAT TERBUKA

Jujur dan sifat terbuka ialah satu kemestian dalam melakukan hubungan dengan suami. Katakanlah anda tidak suka dengan apa dilakukan suami, jangan hanya berdiam. Beritahu suami apa seharusnya dia lakukan. Sikap ini akan menambah semangat suami untuk bercinta.

10. PUJI

Selepas selesai bercinta, jangan pula lupa beri pujian atas kehebatan suami. Dengan pujian, pasti suami akan berasa sangat bangga. Tetapi sekiranya anda rasa suami kurang hebat, jangan pula dicela. Sebaiknya, beritahu kekurangan dan beri cadangan untuk mengatasinya. Pasti suami akan tampil lebih baik pada masa akan datang!

SUMBER: MamuNie

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda